Thursday, 23 February 2017

Sambutan Tahun Baru Cina

0




Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang disambut oleh kaum Cina pada setiap tahun pada tarikh yang berbeza mengikut tahun. Pada tahun ini, Tahun Baru Cina jatuh pada tahun ayam iaitu 28 Januari 2017.Pada malam Tahun Baru Cina, mercun akan dibakar pada tengah malam menandakan masuk Tahun Baru Cina dan untuk menghalau puaka dan nasib malang. Rumah pula dihiasi buah limau, kuplet Tahun Baru, tanglung dan sebagainya. Pada hari perayaan, kaum Cina akan memakai pakaian tradisional seperti cheongsam dan samfu serta meraikan dengan jamuan yee-sang bersama-sama ahli keluarga.

Sambutan Tahun Baru Cina telah diadakan di Kolej PERMATApintar dan aku telah terlibat sebagai sukarelawan dalam menguruskan majlis ini. Sehari sebelum sambutan, aku dan para sukarelawan yang lain telah melakukan persediaan untuk cabutan bertuah dan dekorasi. Sementara itu, semua pelajar yang terlibat dalam melakukan persembahan sedang bertungkus-lumus menjalankan latihan dan rehearsel agar majlis pada esok hari berjalan dengan lancar

Aku telah ditugaskan untuk menjaga stesen origami di dewan serbaguna bersama rakan-rakan lain iaitu Annis, Aimi, Farhani, Eileen dan Natalie sebagai ketua kami. Terdapat lapan kumpulan yang datang ke stesen itu dan kami telah mengajarkan origami anak ayam memandangkan tahun ini merupakan tahun ayam dalam kalendar lunar. Bukan itu sahaja, terdapat banyak stesen lain yang mengajar budaya dan adat kaum Cina seperti kaligrafi, paper cutting, catur manusia, karaoke, colour blowing dan water brush painting.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah sangat menarik dan dapat mendedahkan pelajar tentang budaya kaum Cina memandangkan kita hidup dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia. Di samping itu, semua pelajar telah mendapat limau mandarin yang amat signifikan dengan sambutan Tahun Baru Cina.

Pada sebelah petang pula, semua pelajar berkumpul di auditorium untuk menyaksikan beberapa persembahan yang telah disediakan. Aku berasa amat kagum dengan hiasan di auditorium yang cukup unik dengan menggunakan sampul ang-pou untuk membentuk ikan koi, bamboo, tanglung dan banyak lagi. Auditorium menjadi cukup meriah dengan hiasan berwarna merah dan semua pelajar juga digalakkan memakai pakaian serba merah kerana warna merah merupakan simbolik keuntungan bagi kaum Cina.

Antara persembahan yang aku saksikan termasuklah tarian singa, drama pendek yang amat mencuit hati, orchestra mini, tarian kipas, yoyo cina yang cukup unik dan tarian ribbon dan paying. Aku amat terhibur dan kagum dengan persembahan yang telah ditonjolkan kerana pelajar PERMATA sememangnya pintar dan berbakat.

 Sepanjang sambutan Tahun Baru Cina ini, aku telah mempelajari banyak perkara seperti kerjasama untuk menjayakan sambutan dan aku juga dapat mempelajari budaya dan adat kaum cina seperti warna merah melambangkan keuntungan. Selain itu, aku juga mengetahui bahawa individu yang sudah berkahwin perlu memberi ang-pou pada Tahun Baru Cina.






Related Posts:

  • Sambutan Tahun Baru Cina Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang disambut oleh kaum Cina pada setiap tahun pada tarikh yang berbeza mengikut tahun. Pada tahun ini, Tah… Read More
  • Hari Kerjaya Laporan Hari Kerjaya 2017 Pada 15 Februari, Pusat PERMATApintar Negara telah menganjurkan Hari Kerjaya. Tujuan Hari Kerjaya diadakan adalah u… Read More
  • Sanah Helwah, Tasnim Pada 20 Januari 2000, seorang puteri kecil telah dilahirkan ke bumi dan diberi nama Syarifah Tasnim Binti Syed Muzni. Tepat jam 12 tengah malam 2… Read More
  • Anugerah Anak adalah anugerah Tuhan yang lahir dengan kasih sayang Anak Permata cahaya hidup bakal berkilau di masa hadapan.. Anak merupakan anugerah… Read More
  • Badan Cergas, Minda Cerdas 💪🏽 Aktiviti sukan merupakan aspek yang amat penting dalam melahirkan generasi yang holistik dan produktif. Namun begitu, ramai pelajar yang cenderung u… Read More

0 comments:

Post a Comment