Friday, 20 January 2017

Sanah Helwah, Tasnim

0

Pada 20 Januari 2000, seorang puteri kecil telah dilahirkan ke bumi dan diberi nama Syarifah Tasnim Binti Syed Muzni. Tepat jam 12 tengah malam 20 Januari 2017, puteri kecil itu telah mencapai usia 17 tahun. Alhamdulillah, Allah telah menemukan aku dengan seorang sahabat yang amat baik dan aku yakin dengan kehadirannya, diri ini dapat berubah menjadi seorang insan yang lebih baik. In Shaa Allah... πŸ™‚


Persahabatan merupakan sesuatu yang amat berharga. Tanpa sahabat, siapalah kita? Dalam kehidupan, sudah semestinya kita memerlukan tempat untuk bergantung, meluahkan masalah, melupakan masalah, mendapatkan nasihat dan banyak lagi. Sahabat... Sahabat merupakan penawar duka, pembekal bahagia dan pengukir senyuman. Dengan adanya sahabat, hidup kita tidak akan menjadi sunyi dan hari-hari yang dilalui akan menjadi lebih bermakna kerana dicorakkan dengan warna-warna kegembiraan. 🌠

Alhamdulillah, aku dikelilingi oleh ramai sahabat yang memahamiku dan aku yakin mereka dapat menjadikan aku seorang insan yang lebih baik. Semalam merupakan tarikh kelahiran seorang sahabatku, Tasnim. Beliau merupakan salah seorang sahabatku yang banyak mengajar erti hidup dan mencintai Sang Pencipta. Sahabatku ini telah mengajak aku supaya mendekatkan diri dengan Yang Maha Berkuasa dan mengubahku menjadi seorang muslimah yang lebih baik. Walaupun perubahan yang ku alami tidak ketara namun aku bertekad untuk menjadi seorang yang lebih baik. πŸ˜„

Aku bersyukur kerana telah dikurniakan sebuah persahabatan yang indah dan akan ku kenang hingga hujung nyawa. Bagi menghargai sebuah persahabatan yang tidak ternilai, aku dan rakan sekelasku telah merancang untuk memberikan sebuah hadiah sebagai tanda penghargaan pada hari jadi Syarifah Tasnim. Berkat kerjasama dan semangat setia kawan, kami berjaya menitiskan air mata gembira puteri sulung 5K3. Sesungguhnya, detik-detik seperti ini amat bermakna dan pastinya akan tersemat di dalam minda dan hati. πŸ’•

Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan rakan-rakanku. Buat Tasnim, selamat ulang tahun ke-17 dan semoga sentiasa ceria dan bahagia. Aku berharap agar dirimu dapat membantuku dalam usaha mendekati si Dia yang Maha Esa. Semoga kita dapat melalui tahun 2017 bersama-sama dengan penuh tabah dan sabar. πŸ’ͺ🏽




Persahabatan itu ibarat krayon, mereka mempunyai warna yang berbeda... tapi coba padukan, mereka akan menghasilkan sebuah pelangi yang indah.🌈

0 comments:

Post a Comment