Wednesday, 18 January 2017

Tahun Baru, Azam Baru

0

Assalamualaikum semua 😁!!

Sempena tahun baharu 2017, saya bertekad untuk meneroka sesuatu yang baharu iaitu menulis blog. Blog ini bertujuan untuk berkongsi pendapat, tips,coretan harian dan sebagainya. Permulaan sudah semestinya merupakan sesuatu yang agak sukar namun belakang parang jika diasah lagikan tajam. Oleh itu, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menceriakan blog ini dan menjadikannya sebagai medium untuk mengasah bakat penulisan yang lama terpendam πŸ˜‚

2017 merupakan tahun yang amat penting buat saya dan rakan-rakan kerana pada tahun ini kami akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan akan menamatkan pengajian di Kolej PERMATApintar. Selain SPM, pelbagai peristiwa besar seperti penyelidikan dan tugasan MTP juga perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi meletakkan tumpuan yang sepenuhnya kepada peperiksaan SPM yang akan datang.

Sebagai permulaan, saya akan berkongsi beberapa azam tahun baru bagi menjadikan 2017 lebih bermakna. Dengan adanya azam, sudah semestinya saya akan lebih beersungguh-sungguh untuk merealisasikan azam tersebut dan 2017 dapat diakhiri dengan kepuasan hati dan kecemerlangan. Antara azam tahun baru saya ialah :



  1. Membanggakan ibu dan abah dalam semua aspek
  2. Mencapai kecemerlangan 9A dalam peperiksaan SPM 2017
  3. Memastikan CGPA 3.5 dan ke atas
  4. Mengurangkan sifat malas dan berlengah-lengah
  5. Sentiasa berfikiran positif dan bersyukur
  6. Memperbanyakkan ibadah dan menjadi insan yang lebih baik
  7. Menjadi seorang pemimpin yang berwibawa
  8. Rajin turun riadah (masih belum terlaksana πŸ˜‚)
  9. Tidak terlalu leka dengan media sosial dan hiburan
  10. Mengelakkan negativiti dalam kehidupan

Jadi, bagi memastikan misi yang telah disenaraikan berjaya, saya perlulah sentiasa bermotivasi dan bersemangat dalam apa jua yang dilaksanakan. Sudah pasti banyak halangan dan cabaran yang akan menjatuhkan semangat saya namun perkara tersebut akan dielakkan sedaya upaya dengan sentiasa bersikap positif. Sekian sahaja untuk entri kali ini.Jumpa lagi ! πŸ’•

Related Posts:

  • Tahun Baru, Azam BaruAssalamualaikum semua 😁!! Sempena tahun baharu 2017, saya bertekad untuk meneroka sesuatu yang baharu iaitu menulis blog. Blog ini bertujuan untuk be… Read More
  • Sanah Helwah, Tasnim Pada 20 Januari 2000, seorang puteri kecil telah dilahirkan ke bumi dan diberi nama Syarifah Tasnim Binti Syed Muzni. Tepat jam 12 tengah malam 2… Read More
  • Badan Cergas, Minda Cerdas πŸ’ͺ🏽 Aktiviti sukan merupakan aspek yang amat penting dalam melahirkan generasi yang holistik dan produktif. Namun begitu, ramai pelajar yang cenderung u… Read More
  • Hari Kerjaya Laporan Hari Kerjaya 2017 Pada 15 Februari, Pusat PERMATApintar Negara telah menganjurkan Hari Kerjaya. Tujuan Hari Kerjaya diadakan adalah u… Read More
  • Sambutan Tahun Baru Cina Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang disambut oleh kaum Cina pada setiap tahun pada tarikh yang berbeza mengikut tahun. Pada tahun ini, Tah… Read More

0 comments:

Post a Comment