Saturday, 18 February 2017

Merentas Kampus πŸƒ

0


Merentas kampus merupakan acara tahunan yang wajib diadakan di Kolej PERMATApintar. Aktiviti ini dapat memupuk semangat kesukanan dalam diri pelajar Permata dan juga menyihatkan badan. Pada tahun ini, aku mewakili rumah Emerald kerana rumah sukan telah dirombak. Tidak seperti tahun lepas, semangat Ruby sentiasa tersemat dalam diriku namun pada tahun ini aku terpaksa meninggalkan rumah merah dan memegang identiti Emerald iaitu rumah hijau.

Beberapa hari sebelum berlangsungnya acara merentas kampus, ketua rumah dan penolong ketua rumah bertungkus lumus mengasak ahli rumah masing-masing untuk turun latihan supaya fizikal dan mental mendapat persediaan yang secukupnya. Aku juga tidak ketinggalan berlatih setiap petang kerana aku berharap untuk mendapat medal pada tahun ini. Tanpa berputus asa, aku berlatih dan berlatih dengan harapan dapat membanggakan Emerald.

Apabila tiba hari yang dinantikan, semua pelajar berkumpul di stadium Permata seawal jam 8 pagi kerana dikhuatiri markah rumah akan ditolak. Padang yang hijau kini dimeriahkan lagi dengan warna-warna semangat
iaitu merah (Ruby), kuning (Topaz), biru (Sapphire) dan hijau (Emerald). Stadium digegarkan lagi dengan sorakan dari rumah masing-masing dengan semangat yang membara.

Hidup mati kami Emerald ! Emerald ! πŸ’š

Kita Ruby sehati sejiwa ! ❤

I say Saph you say Fire ! Sapphire πŸ’™

Kita Topaz, kita lah juara ! πŸ’›

Sebelum memulakan larian, aku telah memastikan tubuhku bersedia dengan mengambil sarapan pagi dan minum glukosa yang secukupnya agar tidak cepat kehabisan tenaga. Tekadku adalah untuk mendapat nombor pada tahun ini. Aku memulakan larian dengan semangat yang waja dan berhasrat untuk tidak berputus asa. Pada tahun ini, laluan merentas kampus adalah lebih panjang dari tahun sebelumnya iaitu 5 KM. Sepanjang perjalanan, aku melihat ramai yang sudah mula berjalan dan berehat namun semua itu tifak mematahkan semangatku walaupun aku juga berasa letih. Aku berasa terharu kerana ramai guru dan rakan-rakan yang saling menyokong satu sama lain tanpa mengira perbezaan rumah sukan, jantina, bangsa dan usia. πŸ’ͺ🏽

Aku juga memberi semangat kepada pelajar lain dan agar tidak berputus asa dan menghabiskan larian kerana setiap larian yang berjaya dihabiskan akan menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing. Sepanjang larian, aku lihat bahawa ramai pelajar yang memotongku dan di saat itu aku merasakan bahawa peluangku untuk mendapat medal adalah tipis. πŸ™ Namun begitu, aku tetap meneruskan larian dengan berfikiran positif bahawa sekurang-kurangnya aku dapat menyumbang mata kepada Emerald. Apabila hampir tiba di garisan penamat, aku terdengar bahawa orang ramai bersorak "masih ada tempat" dan aku menggunakan kudratku yang masih berbaki untuk memecut ke garisan penamat dan akhirnya aku berjaya mendapat tempat ke-14 dalam kategoriku.
πŸ˜„πŸ˜„

Aku berasa amat bersyukur kerana berjaya menamatkan larian dan mendapat medal. Aku sedar aku bukanlah seorang atlet oleh itu mendapat tempat ke-14 sudah lebih dari cukup buatkuπŸŽ‰. Aku berasa bangga dengan diri sendiri dan rakan-rakanku yang lain kerana berjaya menamatkan larian rentas kampus yang terakhir bagi kami di Permata dengan jayanya. Semasa majlis penyampaian hadiah, dewan serbaguna digegarkan lagi dengan sorakan yang tidak henti bagi meraikan kejayaan rumah masing-masing. Aku berasa amat gembira kerana merentas kampus ini berjaya memupuk semangat kesukanan dalam diri warga permata dan membentuk perpaduan antara satu sama lain. πŸ‘πŸ½

Majulah sukan untuk Permata πŸ’ͺ🏽


0 comments:

Post a Comment